
Wednesday, 20 June 2012
Microsoft Zune HD: Henti Pengeluaran
Microsoft Zune HD adalah pemain media
buatan Microsoft, sekarang ini harga Zune HD di Malaysia adalah
RM412-RM945 didapati dalam kapasiti simpanan memori 16GB, 32GB, 64GB. Zune HD
boleh memainkan fail digital dalam format MP3, AAC, WMV, AVI, h.264 /
AVC, MPEG-4, WMV, XviD. Baterinya tahan hingga 33 jam bagi aktiviti
mendengar lagu manakala untuk menonton video baterinya boleh bertahan
selama 8 jam. Skrin Zune HD bersaiz 3.3 inci, mmliki fungsi berbagai
sentuhan jari. Secara keseluruhan fungsi Zune HD hampir sama dengan Apple iPod Touch
dimana Anda boleh menyimpan gambar lalu melihat-lihatnya semula (dalam
format terang), juga boleh menonton video dalam format MP4, mendengar
muzik, mendengar siaran radio FM serta boleh melayari internet melalui
capaian WiFi. Untuk mengambil data dari mana-mana komputer Windows, Anda perlukan software khas turut di namakan Zune
yang perlu di install terlebih dahulu, software menyamai fungsi iTunes
yang diguanakan untuk memasukkan gambar/video/lagu ke iPhone, iPad juga
iPod Touch. Anda boleh memasukkan apa-apa aplikasi terus ke Zune melalui Zune Marketplace. Pengeluarkan Zune HD dihentikan oleh Microsoft pada 14 Mac 2011 untuk menggalakkan penggunaan Windows Phone, sehingga kini Zune HD masih diminati ramai dan dianggap sebagai pemain media terhebat di kalangan peminat muzik. Pesaing terdekat Zune HD adalah iPod Touch Generasi Ke-4, Samsung Galaxy Player 3.6 dan Sony Walkman Z.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)