Saturday, 23 June 2012
Jenis-jenis Air Untuk Bersuci
Terdapat 4 jenis air yang harus diketahui terlebih
dahulu, iaitu air suci menyucikan yang tidak makruh, air suci menyucikan yang
makruh, air suci tidak menyucikan, dan air tidak suci tidak menyucikan.
Pertama, air yang suci
lagi menyucikan dan tidak makruh menggunakannya. Ini dinamakan air mutlak.
Terdapat 7 jenis air mutlak iaitu air laut, air sungai, air
telaga, air hujan, air mata air, air embun, dan air batu atau salji.
Kedua, air yang
suci lagi menyucikan, tetapi makruh menggunakannya. Ini dinamakan air
musyammas, iaitu air yang berada dalam bekas yang diperbuat daripada logam yang
bukan emas atau perak, yang terjemur di bawah panas matahari di tempat
(kawasan, negeri, atau negara) yang panas.
Air ini makruh digunakan pada tubuh badan sahaja kerana
mendatangkan mudarat. Akan tetapi jika digunakan untuk membasuh pakaian dan
lain-lain, atau telah sejuk sewaktu kita menggunakannya, maka tidak makruh
menggunakannya.
Ketiga, air yang
suci tetapi tidak menyucikan. Air ini dibahagi pula kepada 3 jenis iaitu:
1.
Air musta’mal, iaitu air yang kurang dari 2 kolah, yang
telah digunakan
untuk
mengangkat hadas pada basuhan pertama wudhuk yang wajib dan mandi yang wajib,
atau air yang telah digunakan untuk menghilangkan najis dan air itu tidak
berubah dari segi kuantiti isipadunya.
2.
Air mutaghayyir, iaitu air yang berubah salah satu daripada
rasa, warna,
atau bau,
dengan sebab bercampur sesuatu yang suci seperti gula, milo, kopi, teh, dakwat,
dan sebagainya hingga berubah nama air mutlaknya. Tetapi jika berubah kerana
lama bertakung, kerana lumpur dan tanah, atau kerana jatuh daun kayu ke
dalamnya, maka air itu dihukumkan air yang suci lagi menyucikan.
3.
Air muqayyad, iaitu air yang dikaitkan dengan nama asalnya
seperti air
tebu, air kelapa dan sebagainya.
Keempat, air yang tidak
suci lagi tidak menyucikan. Air ini ialah air mutanajjis. Ia dikira bernajis apabila
terjadi 2 keadaan, iaitu
(1) termasuk
najis dalam kuantiti air yang tidak sampai 2 kolah, atau
(2) berubah
salah satu sifat air itu samada berubah rasa, bau dan warna,
disebabkan termasuk najis tersebut.
Air tidak dikira bernajis apabila dengan tidak sengaja,
terjatuh bangkai yang tidak mengeluarkan darah ketika dibunuh seperti lalat,
lipas, semut, cicak, dengan syarat bangkai itu tidak mengubah sifat air.
Air juga tidak dikira bernajis jika terjatuh ke dalamnya
keadaan seperti berikut:
1.
najis yang
dimaafkan seperti debu-debu najis yang berterbangan yang
sukar dijaga;
2.
najis-najis yang
sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan mata
kasar seperti najis yang berada pada kaki lalat dan
percikan air kencing yang tidak dapat dilihat;
3.
bulu-bulu najis
yang sedikit yang tidak melebihi 3 helai;
4.
binatang yang
buntutnya bernajis kemudian dia terjatuh ke dalam air;
5.
bekas mulut kucing
atau kanak-kanak yang makan benda najis lalu dia
menghilangkan diri tanpa diketahui
mulutnya sudah dibasuh atau tidak,
kemudian dia meminum air, maka air baki
minuman itu dikira tidak
bernajis.
Ukuran 2
kolah
·
Bekas segiempat, ukuran lebar tiap-tiap segi ialah satu
hasta suku.
·
Bekas bulat,
ukuran diameter satu hasta, tinggi dua setengah hasta.
Dipetik dari
Soleh.net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































