Sunday, 17 June 2012
Khasiat Kulit Buah Delima
Khasiat Kulit Buah Delima juga tidak kurang hebantnya. Bahagian kulit
buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal
beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia.
Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang
manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat
menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula
bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan
mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta
batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan
kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan
Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak
tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai
nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati
pelbagai jenis penyakit.
Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia
bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat
untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi
manfaat kepada umat manusia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































