Wednesday, 20 June 2012
Smartphone baru dari Motorola: Motorola Razr MAXX
Nampaknya untuk dua bulan ini, kita akan dapat melihat pelbagai
peranti mudah-alih baru yang memasuki pasaran tempatan. Selain daripada
beberapa yang dilancarkan pada bulan ini, kini Brighstar Malaysia turut
sama telah mengemaskini halaman Facebook mereka, memperlihatkan Motorola
Razr MAXX bakal ke Malaysia tidak lama lagi.
Melalui Motorola Razr MAXX, ia memfokuskan kepada bateri yang tahan
untuk jangka masa yang lama, membolehkan anda menikmati masa panggilan
yang lebih lamah, disamping turut membolehkan anda menikmati pelbagai
video dan media yang lain melalui peranti anda, tanpa risau akan untuk
mengecas bateri.
Motorola Razr MAXX membawakan skrin seluas 4.3-inci HD, cip
pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, kamera 8-megapixel, dan juga didatangkan
bersama-sama bateri 3300 mAh. Ia dijual menggunakan Android 2.3.6 tetapi
Motorola mengatakan kemaskini Ice Cream Sandwich akan diperkenalkan
untuknya.
Bagi mereka yang gemar berjalan jauh, dan sentiasa bergantung kepada
telefon pintar mereka, mungkin Maxx merupakan salah satu pilihan, apatah
lagi dengan kapasiti bateri besar yang didatangkan bersama dengannya.
Tarikh jualan dan harganya masih tidak diketahui buat masa ini.
Namun, mereka bakal mengadakan sebuah pengumuman khas esok. Sama-sama
kita nantikannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































