Masalah mulut berbau ada kalanya akan mendorong kepada penyakit yang serius. Antara sebab yang mengakibatkan mulut seseorang berbau adalah kerana gigi rosak, penyakit gusi, mulut kering, sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi, sinusitis dan pneumonia.
Terdapat 9 tip yang boleh digunakan untuk menghindari mulut dari berbau.
1. Selain dari memberus gigi, ada baiknya anda membersihkan kotoran yang melekat pada celah gigi dengan menggunakan 'dental floss'.
2. Gunakan berus gigi yang mempunyai pembersih lidah dan gosok lidah anda hingga ke pangkalnya.
3. Gunakan formula ubat kumur yang disyorkan oleh doktor. Waktu yang paling baik untuk berkumur dengan ubat kumur adalah sebelum anda masuk tidur.
4. Banyakkan meminum air kosong, kurangkan pengambilan kopi.
5. Bersihkan mulut anda setelah mengambil produk bersusu. Pastikan anda berkumur selepas memakan ikan atau daging.
6. Makan sayur-sayuran yang kaya serat ketika ia masih segar.
7. Berkumur setiap kali selepas makan.
8. Bertemu dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali.
9. Elakkan pengambilan makanan yang berbau menyengat seperti bawang putih, bawang merah, petai dan lain-lain.
