Friday, 26 April 2013

Hidung tersumbat

0 comments



Cara mengatasi hidung tersumbat

Hidung tersumbat selalunya berlaku apabila kita mengalami selesma.Ia terjadi akibat pengumpulan mukus (lendir atau hingus) pada hidung. Cara biasa yang kita gunakan adalah dengan mengeluarkan kesemuanya dengan menghembus ditandas dan bernafas semula. Sebenarnya, ada cara lebih baik daripada cara yang menyeksakan ini. Ikuti tips berikut :

  1. Minum banyak air - penting untuk menjaga cairan di dalam tubuh dan melembapkan keadaan hidung seterusnya mengelak jangkitan penyakit
  2. Cari tempat yang hangat - seboleh-bolehnya jauhi tempat berhawa dingin semasa anda selesma.
  3. Pengambilan Vitamin C -  sumber semulajadi selain pengambilan pil adalah lebih selamat sebagai contoh buah-buahan seperti limau dan strawberi
  4. Kunyah halia - Jangan sesekali pandah rendah petua orang tua mengenai tabiat mengunyah halia. Walaupun rasanya pedas dan berangin tapi ia dapat mengurangi masalah hidung tersumbat dan adakalanya penyakit lain
  5. Keluarkan hingus - boleh membuang hingus tapi ada caranya iaitu jangan memaksa hingus keluar dengan menghembuskannya dengan kuat. Hembus dengan perlahan dan cuba elakkan daripada menyedut kembali hingus anda.
Selamat Mencuba

Leave a Reply

Labels