Tuesday, 23 April 2013

Air Dalam Kehidupan Manusia

0 comments


Kepentingan Air Dalam Kehidupan





Tanpa makanan, manusia boleh hidup berminggu-minggu lamanya, tetapi untuk tempoh beberapa hari tanpa air, manusia mungkin akan kehausan dan mati. Pengurangan tenaga sebanyak 20% adalah disebabkan oleh kehilangan 2% air disekeliling sel.

Pengambilan kira0kira 2 hingga 2.5 liter air iaitu bersamaan 8 gelas air besar pada setiap hari adalah disarankan oleh pakar pemakanan.

Makanan yang mengandungi air dan sup hanya membekalkan sebahagian air sahaja kepada tubuh berbanding air kosong yang merupakan pilihan terbaik untuk membantu dalam metabolisme badan. Pengambilan minuman berperisa, minuman ringan, kopi dan teh akan menyebabkan kehilangan air tambahan dalam badan.




Fungsi Air Dalam Badan Manusia

- Melindungi kelembapan dan kekenyalan kulit serta melambatkan proses penuaan
- Menguraikan dan membantu penyerapan nutrien makanan untuk dibekalkan kepada sel
- Mengurangkan tekanan dalam tubuh badan dengan menyelaraskan ketidakseimbangan pada bahagian buah pinggang dan limpa yang disebabkan oleh tekanan
- Pemangkin dalam proses metabolisme
- Mengawal atur suhu badan, tekanan darah dan pH tubuh badan
- Mengawal atur kepekatan darah
- Mengangkut dan menyingkirkan toksin serta bahan buangan

- Pelincir untuk mengurangkan geseran antara sendi




Kesan Kekurangan Air Terhadap Kesihatan Tubuh Badan

- Kehilangan ringan akan menyebabkan dahaga, nafas berbau, bibir merekah, sakit kepala, panas dan sembelit.
- Kehilangan serius akan menyebabkan dehidrasi, hilang tumpuan, punca pelbagai penyakit, gangguan mental, darah memekat, panas terasa pada bahagian dada


Oleh Nor Fadilah
- Edit form MyJ Project


 

Leave a Reply

Labels