Makanan Sunnah Rasulullah
Makanan kegemaran Nabi Muhammad S.A.W antaranya :
BUAH KURMA : Baik dimakan pada bila-bila masa
SUSU : Membuangkan kepanasan dalam jantung, baik untuk otak dan ingatan dan baik juga untuk tulang
"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya." (An-Nahl:66)
"Padanya (bsyurga) beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya." (Muhammad:16)
"Sesiapa yang diberi makanan oleh Allah, maka hendaklah ia membaca; Ya Allah, berilah kami keberkatan kepada makanan ini dan berilah lagi makanan kepada kami yang lebih baik dari ini.” Dan sesiapa yang diberi minum susu oleh Allah, maka hendaklah ia membaca : Ya Allah berkatilah bagi kami pada minuman ini dan tambahkan lagi kepada kami (susu).” Sesungguhnya tidak ada satu makanan dan minuman yang cukup lengkap (khasiatnya) selain daripada susu." (Riwayat Abu Daud.)
Abu Darda’ menceritakan bahawa RS dihadiahkan satu tabak buah tin. Beliau bersabda; makanlah !, maka akupun makan.
MINYAK ZAITON : Baik untuk kulit, baik untuk rambut dan awet muda.
Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. An-Nur :35
BUAH DELIMA : Buang segala kejahatan dalaman
"Dalam syurga itu terdapat buah-buahan, kurma dan delima." (ar-Rahman : 68)
CUKA : Baik dimakan apabila dicampur dengan minyak zaitun (seperti yang diamalkan dalam masakan Itali).
AIR : Minuman yang terbaik buat semua. Amalkan minum air kosong sebanyak mungkin.
TELUR : Di antara khasiat kuning telur ialah menghilangkan rasa sakit dan ubat batuk
Maksudnya : Imam Biahaqi meriwayatkan sebah hadis marfuk : bahawa seorang nabi di antara para nabi telah mengadu kepada Allah tentang kelemahan badannya. Maka Allah mengarahnya supaya makan telur.
GANDUM :
Dari Aisyah RA bahawa ia berkata : “Adalah Rasulullah SAW jika salah seorang keluargnya kurang sihat, ia meminta sesuap gandum, lalu dimasaknya. Kemudian dia menyuruh mereka memakannya, maka merekapun memakannya. Setelah itu Rasulullah SAW berkata : “Sesungguhnya gandum itu menguatkan hati yang sedih dan menghilangkan hati yang sakit, sebagaimana salah seorang kamu menghilangkan/membersihkan kotoran dari mukanya dengan air”
BURUNG :
“Dan daging burung dari apa yang mereka inginkan” Surah al-Waqiah : 21
DAUN SADERI : Daun saderi amat bermanfaat untuk membuka sumbatan yang terjadi pada hati dan limpa. Membantu pencernaan, melancarkan kencing dan melancarkan keluarnya darah haid.
HALIA :
Mereka (ahli syurga) diberikan minuman segelas yang campurannya adalah halia” (al-Insan : 17)
Abu Naim meriwayatkan dari Abu Said al-Khudari beliau berkata bahawa Raja Rom telah memberi satu bejana halia kepada Rasulullah SAW, maka baginda telah memberi makan setiap seorang sepotong dan kami diberi sepotong”


.jpg)
.jpg)

































