Saturday, 27 April 2013
Bagaimana diketahui ego?
Bagaimana diketahui ego?
Orang yang ada ego tidak sedar yang dia ada ego
Ego diketahui melalui ilmunya
Kalau dia tahu pun adanya sifat ego
Belum tahu lagi dapat membuangnya
Ego adalah sifat batin
Tapi dapat dikesan melalui tanda lahir dan sikapnya
Bercakap dikalangan kawan selalu sahaja cakap besar
Bila berdiri selalu sahaja cekak pingggang
Apabila berbincang selalu sahaja tinggi suaranya
Apabila kebenaran itu keluar daripada mulut orang payah menerimanya
Bila bercakap mahu menang sahaja
Bila bertemu orang payah menegur sapa, kecuali orang mendahuluinya
Tika orang tersilap terhadapnya mudah sahaja marah dan berang
Selalu serius sahaja, kurang mesra
Kalau hendak berkawan, pilih-pilih orang,
Biasanya yang setaraf dengannya
Bila dicabar mudah sahaja mencabar
Kalau bersalah mudah sahaja minta maaf
Adakalanya orang minta maaf enggan menerimanya
Mudah marah, bahkan marahnya sangat ketara
Kalau ada kuasa, selalu menganiaya dan menindas
Jika ada kuasa, selalu sahaja keras kepala untuk patuk kapada ketua
Bertekak dan berbahas menjadi budayanya
Pantang ditegur oleh sesiapa sahaja
Masam mukanya
Apabila ego sudah tebal sebarang kebenaran payah diterima
Bila ditegur sakit hatinya, dendam pun membara
Jangan sebut dosa pahala, tersinggung perasaanya
Kalau dipuji orang lain dihadapannya, sakit hatinya
Sebut syurga neraka amat jijik mendengarnya
Bahkan sebut Allah pun tersinggung jiwanya
Jangan cuba hala bencana yang datang
Kita kaitkan dengan kemurkaan Tuhannya
Sakit hatinya payah mahu menerima
Bencana alam dianggap perkara biasa
Itu perkara nature, katanya
Jangan cuba dihubungkaitkan dengan dosa
Dia akan melenting menunjuk sikap tidak menerima
Aduh dahsyat ego amat berbahaya
Bukan sahaja dengan manusia bahkan dengan Tuhannya
Kebenaran payah menerima
Selalu sahaja menolaknya
Kerana ego orang sanggup derhaka kepada Tuhannya
Bahkan orang sanggup jadi kafir
Lihat sahaja Namrud,Haman, dan Firaun
Sebelum matinya berbagai bala dan tanda
Amaran dan Tuhan
Namun tidak boleh jadi pengajaran dan ingatan
Akhirnya sanggup mati kafir, kerana sikap egonya
Aduh dahsyatnya sifat ego!
Renung-renungkan bersama..
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





































