Mengekalkan kehidupan aktif semasa mengandung tidak semestinya bermakna anda bertujuan membakar kalori. Badan anda mengeluarkan hormon bergelar relaxin semasa mengandung yang melonggarkan sendi anda sebagai persediaan untuk bersalin, jadi anda perlu berhati-hati dengan pilihan senaman dan memberi perhatian kepada teknik senaman. Adalah penting untuk mencari senaman-senaman yang tidak akan mencederakan anda atau membahayakan bayi.
Senaman yang ideal akan mengepam jantung anda, membuat badan lebih mudah dilentur, menjaga berat badan daripada bertambah, dan menyediakan otot untuk bekerja keras semasa proses bersalin dan kelahiran - tanpa menyebabkan sebarang tekanan fizikal kepada anda atau bayi anda.
Pelbagai aktiviti seperti berlari dan angkat berat yang ringan tidak merbahaya pada peringkat awal, tetapi anda mungkin perlu mengubah rejim anda apabila anda lebih sarat mengandung. Lebih baik jika anda mengelakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mendedahkan anda kepada risiko tergelincir dan terjatuh, seperti berbasikal, menggunakan sepatu roda, menunggang kuda dan bermain ski, walaupun pernah terjadi di mana orang-orang yang terlibat dalam sukan kompetitif seperti itu, akan terus berlatih walaupun sarat mengandung.
Senaman berikut adalah agak selamat untuk ibu-ibu mengandung, walaupun ada di antaranya mungkin tidak sesuai buat anda dalam bulan-bulan terakhir kehamilan. Untuk selamat, rujuklah kepada doktor anda sebelum memulakan salah satu aktiviti ini.
Ramai wanita mendapati kelas senaman air semasa mengandung menyeronokkan. Bersenam sambil berdiri di dalam air adalah lembut buat sendi dan boleh membantu mengurangkan bengkak di kaki, yang merupakan perkara biasa lewat dalam kehamilan.
Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu menambah rejim yoga dengan berjalan beberapa kali seminggu untuk membolehkan jantung anda bekerja dengan baik.
Berhati-hatilah supaya tidak keterlaluan dalam membuat senaman regangan. Anda akan menjadi lebih lentur akibat kesan hormon relaxin, yang menyebabkan ligamen anda lebih elastik. Jangan terlalu lama mengekalkan mana-mana regangan atau cuba untuk membangunkan fleksibiliti anda secara keterlaluan.
Banyak senaman Pilates dilaksanakan dalam posisi "tangan dan lutut", dan ini adalah kedudukan yang ideal semasa mengandung. Ia membantu mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang dan pelvis anda pada peringkat akhir kehamilan anda dan boleh membantu meletakkan bayi anda ke dalam posisi baik untuk bersalin.
Jika anda mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dan mempunyai teknik yang baik, senaman berat badan adalah cara yang baik untuk mengencangkan dan menguatkan otot-otot anda. Elakkan panas badan yang keterlaluan juga keletihan, dan kurangkan aktiviti ini apabila kehamilan berlanjutan.
Tarian
Jantung anda boleh dapat mengepam dengan baik jika anda menari menggunakan muzik latar kegemaran anda dalam keselesaan dan privasi ruang tamu anda, tetapi elakkan pergerakan yang memerlukan anda berlonjak, melompat, memutar atau menggoyangkan punggung anda. Teknik adalah penting. Elakkan pertukaran hala secara tiba-tiba.
Aerobik berimpak rendah dan Fitball
Satu perkara yang baik mengenai kelas aerobik adalah bahawa ia merupakan satu tempoh masa di mana anda tahu anda akan bersenaman dengan baik.
Jika anda menyertai kelas khusus untuk wanita hamil, anda boleh menikmati keakraban berdamping dengan orang-orang sama seperti anda, dan mendapat keyakinan bahawa setiap pergerakan terjamin selamat untuk anda dan bayi.
Sumber : http://www.babycenter.com.my/

.jpg)

































