Sunday, 21 April 2013
Ikan Haruan
Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar
jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh
hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia
Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).
Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.
Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai
daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam
air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur.
Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































