Saturday, 27 April 2013

Jerawat dan air batu

0 comments



Hilangkan jerawat dengan air batu.

Ramai di antara kita yang mengalami masalah jerawat kan? Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Jerawat boleh datang tidak kira waktu dan di mana-mana sahaja pada permukaan kulit kita. Jerawat boleh membuatkan kita rasa tertekan lebih-lebih lagi selepas memicit jerawat tersebut. Kenapa? Sebab jerawat yang kita picit menggunakan kuku tadi mampu meninggalkan PARUT! Kadang-kadang parut tersebut boleh hilang tetapi ada juga yang akan kekal selamanya. Tentunya perkara ini akan menjadi mimpi ngeri terutamanya bagi golongan wanita.


Tapi, jangan risau, di sini ada petua yang ingin dikongsikan dengan anda semua. Jika anda sudah memicit jerawat yang tumbuh itu, cepat-cepat tuam bekas jerawat tadi dengan menggunakan ais atau benda-benda yang sejuk. Ambil beberapa ketul ais dan balut dengan kain atau tisu tebal. Tuamkan di tempat jerawat itu tadi. Lakukan dengan kerap sehingga jerawat itu berubah menjadi kecut. Insya Allah, jerawat akan menjadi kecut dan parut jerawat pun tiada.


Selain itu, membasuh muka menggunakan air sejuk juga bagus kerana ia dapat membantu mengecilkan liang-liang roma di muka kita.


Selamat mencuba!

Leave a Reply

Labels