Saturday, 27 April 2013

Resipi oat dan buah-buahan

0 comments


Resipi oat dan buah-buahan.

Oat? Masih ramai di antara kita yang masih tidak suka dengan perkataan tersebut. Ada yang disebabkan kerana bau makanan tersebut yang kadangkala membuatkan seseorang itu berasa loya, ataupun juga disebabkan rupa oat itu yang tidak menarik berbanding nasi yang menjadi makanan utama masyarakat di Malaysia. Tapi di sebalik rupanya yang tidak menarik itu, oat mempunyai rahsia besar kepada diri kita. Oat adalah makanan utama yang mampu mengurangkan KOLESTROL di dalam badan kita. Jadi, apa lagi? mari kita cuba resipi oat dan buah-buahan ini :


Bahan-bahan:
5 sudu Oat (Instant Quaker Oat)
1 cawan air panas
1 1/2 sudu susu pekat manis Marigold (cholestrol free)
1/2 sudu sunquick/1/2 biji limau sunquick/1 biji limau kasturi
1/2 biji buah apple
2 biji strawberry
1/2 biji buah pear
Badam dikisar/ditumbuk kasar


Cara-cara membuat:
1. Masukkan air panas(pastikan air benar-benar panas, jika tidak, oat tidak akan kembang sepenuhnya) ke dalam mangkuk bersama, susu, dan sunquick. Jika nak menggunakan buah-buahan segar, boleh gunakan limau sunquick/limau kasturi. Perahkan jus limau tersebut dan kacau kesemua bahan hingga sebati.
2. Masukkan oat ke dalam mangkuk tadi dan tutup mangkuk tersebut. Biarkan sehingga oat kembang sepenuhnya.
3. Potong buah apple, strawberry, dan pear dalam bentuk dadu. (Boleh juga dihiris tipis)
4. Badam tersebut perlulah digoreng tanpa minyak atau dibakar terlebih dahulu agar menjadi rangup. Kemudian tumbuk/kisar sehingga menjadi kasar.
5. Gaulkan buah-buahan yang telah dipotong dadu tadi bersama-sama dengan oat.
6. Taburkan badam di atas oat. (Boleh juga ambil sebahagian buah-buahan tadi, dan letakkan di atas oat sebagai hiasan)
7. Sejukkan oat tadi di dalam peti sejuk selama sejam.


Oat yang sedap bersama buah-buahan sudah boleh dimakan! Untuk menghilangkan rasa loya, oat boelh dimakan semasa sejuk dan anggaplah ia sebagai aiskrim buah-buahan yang sangat mengasyikkan.
Selamat mencuba!








Leave a Reply

Labels