Hikmah dan Kebaikan disebalik Sujud
Amalan sujud dalam solat mempunyai banyak hikmah dan kebaikan. Adakalanya setiap hikmah yang Allah SWT berikan diutuskan dalam berbagai bentuk yang kadangkala tidak terjangkau dek akal manusia. Kita digalakkan bersujud lebih lama kerana menurut ulama, sujud adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT ketika solat.
Antara hikmah dan kebaikan yang diperolehi ketika bersujud ialah:
- Melegakan sistem pernafasan
- Melegakan paru-paru daripada ketegangan
- Membetulkan kedudukan buah pinggang
- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid
- Mengurangkan kesakitan terutama kepada pesakit apendiks
- Meringankan bahagian pelvis
- Memudahkan tidur
- Merehatkan dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh
- Menggerakkan otot bahu,dada,leher,perut serta punggung seterusnya menjadikan ia lebih kuat, elastik dan melancarkan perjalanan darah
- Bagi wanita pula, pergerakan otot disekitar dada boleh membantu penyusuan bayi dan juga terhindar daripada sakit buah dada
- Memudahkan wanita bersalin dan organ peranakan mudah kembali ke bentuk asal
- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh
- Mengurangkan kegemukan
- Mengelakkan pendarahan otak
- Organ terpenting iaitu otak menerima bekalan darah dan oksigen yang mencukupi.
Dari segi rohani pula, sujud membuatkan kita berasa rendah diri di hadapan Pencipta seterusnya dapat menghidarkan diri daripada sifat sombong, takbur, riak dan sebagainya.
Dari segi perubatan, aliran darah yang masuk ke dalam otak ketika solat dapat melegakan pening, sakit kepala, migrain, menyegarkan serta menajamkan akal fikiran.
Oleh itu, renung-renungkanlah...selain menunaikan rukun islam dan menambah pahala, kita diberi bonus tambahan yang sangat memanfaatkan.