Tip untuk menjadi perancang kewangan yang bijak
Kita bukan sahaja perlu bijak menabung tapi juga perlu merancang kewangan kita seharian. Di sini ada beberapa tip berguna untuk dikongsikan bersama.
- Belilah barangan mengikut kemampuan. Jangan terlalu memilih untuk membeli barangan berjenama terkenal dan jangan berbelanja mengikut nafsu. Beli hanya yang 'perlu' dan bukannya yang anda 'mahu'.
- Pertimbangkan untuk mencari kerja sampingan untuk 'back up plan'. Bukan apa, kadang-kadang gaji yang kita terima cukup-cukup untuk menampung bil dan belanja rumah sahaja. Jadi apa salahnya mencari kerja lebih.
- Buat simpanan dan tanamkan dalam diri anda bahawa menabung adalah satu kewajipan anda setiap bulan.
- Beli aset untuk jangka masa panjang contohnya rumah atau tanah.
- Kurangkan bajet untuk perbelanjaan. Kalau boleh elakkan makan diluar. Jimatkan penggunaan air, telefon dan bahan api bulanan anda.
Buatlah perancangan kewangan anda dari sekarang. Masih belum terlambat untuk bertindak sekarang. Kata orang, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Bersusah sekarang, Insya Allah senang di hari depan.