Monday, 22 April 2013

Uban

0 comments



Bagaimana uban (rambut putih) terjadi

Disebabkan gangguan sintesa protein iaitu sel melanosit tidak dapat menghasilkan pigmen (melanin) dan ini menjadi punca rambut kehilangan warna.

Faktor penyebab tumbuhnya uban

Ramai mengaitkannya dengan pertambahan usia. Tahukah anda faktor genetik merupakan faktor pencetus yang cukup kuat. Stres, kurang gizi, tekanan, pemakanan juga penyumbang kepada munculnya uban.

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk melambatkan pertumbuhan uban antaranya :


  1. Pengambilan Vitamin C. ( selalunya terdapat dalam sayuran hijau, buah-buahan berwarna merah dan kuning )
  2. Pengambilan Vitamin B ( cth: sayuran hijau, bijirin,hati, yogurt,pisang )
  3. Bahan mineral seperti Zinc, zat besi dan Copper. ( Banyak terdapat pada daging, ayam, sayuran, telur, biji-bijian, makanan laut )
  4. Pengambilan Protein ( cth : daging dan biji-bijian )

Leave a Reply

Labels