Friday, 10 May 2013
5 Alasan Tidak Menunda Perkahwinan
1. Perbezaan bukan halangan
Ramai yang beranggapan untuk berkahwin,
lelaki dan wanita perlu memiliki pemikiran, rutin hidup, kebiasaan serta
pandangan hidup yang sama. Jangan terpengaruh dengan kata-kata ini apatah lagi
jika anda mendapati anda dan pasangan punya banyak perbezaan. Sebabnya, secara
fizikal lelaki dan wanita memang diciptakan oleh Tuhan sebagai makhluk yang
sangat berbeza.
Baik dari segi psikologi, latar belakang
kehidupan, sikap dan sifat semuanya jauh berbbeza. Namun apabila disatukan
dalam pekahwinan semua perbezaan ini sebenarnya akan menyatu untuk satu tujuan.
Melalui perbezaan tersebut juga anda dan pasangan akan saling belajar untuk
memahami, bekerjasama, saling menghormati dan menyokong antara satu sama lain.
2. Pertengkaran suami isteri bukan
tanda-tanda menuju perpisahan
Jangan percaya dengan kata-kata bahawa
pertengkaran suami isteri adalah tanda-tanda perceraian. Pendapat ini nyata
salah. Apabila dua insan yang berbeza prinsip dan sikap disatukan dalam
perkahwinan dan mula hidup sebumbung maka sudah tentu akan ada perkara yang
akan membuatkan mereka berbeza pendapat. Konflik juga tentu tidak dapat
dihindarkan. Malah ia disebut sebagai lumrah dalam perkahwinan.
Namun
pertengkaran atau konflik suami isteri ini sebenarnya menjadi tanda ‘hidupnya’
sesebuah perkahwinan. Biarpun begitu, setelah bergelar suami isteri,
pertengkaran yang berlaku tidak punya risiko untuk putus atau patah hati.
Masing-masing sudah diikat dengan perhubungan yang utuh. Usah ragu-ragu
berkahwin kerana takut pada pertengkaran kerana adat berumah tangga memang akan
berhadapan dengan konflik atau masalah. Akan tetapi semua ini terpulang kepada
kebijaksanaan suami isteri untuk menyelesaikan.
3. Punya teman seumur hidup
Perkahwinan bermaksud anda sudah memiliki
teman seumur hidup. Teman yang dimaksudkan ini bukan sekadar teman berbual
tetapi juga berkongsi segala masalah, kegembiraan dan kesedihan. Perkahwinan bermakna anda
sudah bertemu teman sejati yang sedia bersama dengan anda bila-bila masa
sahaja. Bukankah ini lebih baik daripada hidup membujang? Anda tidak perlu lagi
memikirkan tentang dengan siapa anda akan menghabiskan masa di hujung minggu!
Teman hidup yang anda miliki ini bukan sahaja menemani anda di saat kebosanan
tetapi juga akan bersama anda sekalipun anda berada di tempat yang tidak
menyenangkan.
4. Perkahwinan akan menjadikan diri lebih
matang
Kenyataan ini memang benar, perkahwinan
akan membuatkan lelaki dan wanita akan bertambah matang. Malah apabila anda
membuat keputusan untuk bernikah saja sudah menjadikan seseorang wanita atau
lelaki itu dewasa. Sebabnya, perkahwinan akan menuntut anda dan pasangan
bersikap matang dan anda perlu lebih bertanggungjawab terhadap urusan rumah,
meski perkaranya begitu rmeh sekali. Ia juga akan menuntut seseorang anda
bekerja keras dan pengorbanan untuk membahagiakan rumah tangga.
5. Romantis tidak membosankan
Ada yang mengakui ragu-ragu untuk berkahwin
kerana harus sentiasa bersikap romantis terhadap pasangan. Sedangkan sikap
romantis ini bukanlah sebahagian dari diri anda dan melakukan perkara yang
bukan kehendak anda ini adalah sesuatu yang membosankan. Fikirkan secara logik
dan rasional. Tidak sepanjang masa anda harus bersikap romantis. Romantis juga
bukan bererti anda suami isteri harus selalu berdua ke mana-mana atau
bermesra-mesraan di khalayak atau teman-teman. Sebenarnya romantis boleh
diwujudkan dengan cara sederhana seperti makan malam bersama, bercuti berdua
atau berkongsi cerita di bilik tidur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































