Friday, 10 May 2013

Awet Muda : Pengambilan Makanan

0 comments



Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran terutama sayur-sayuran hijau yang padat dengan klorofil untuk mengoptimumkan proses menyahtoksin dalam darah kita. Sayur-sayuran lain temasuk jenis-jenis kekacang untuk membekalkan kolagen dan protein. Kita juga perlu banyak mengambil sayur-sayuran jenis kekacang yang dijadikan tauge dari kacang hijau, kacang soya dan lain-lain lagi (sprouted vegetables). Sayuran dari jenis tauge ini penuh dengan enzim dan mineral yang mudah diserap oleh tubuh badan untuk proses regenerasi.


Makanan yang jarang dimakan
Jenis-jenis makanan yang jarang kita makan seperti rumpai laut, spirulina, jus wheat grass, daun barli, astaxa algae (astaxanthin), aloe vera dan sebagainya juga sangat baik untuk regenerasi sel. Jenis-jenis makanan tambahan ini padat dengan enzim, mineral, vitamin, antioksidan dan lain-lain komponen untuk memastikan sel-sel kita mempunyai nutrien yang cukup untuk berfungsi secara normal. Makanan-makanan ini juga padat dengan nutrien yang berfungsi secara sinergi untuk meningkatkan penyerapan nutrien ke dalam sel. Oleh kerana makanan masyarakat moden yang sudah diproses, hampir kesemuanya tidak mengandungi kandungan nutrien, vitamin dan enzim yang tinggi. Kita perlu mengambil makanan tambahan seperti yang disarankan untuk awet muda.


Minyak
Jenis-jenis minyak yang diambil juga perlu seimbang terutama minyak yang mengandungi lemak baik omega 3 dan omega 4. Antara jenis-jenis minyak yang kita boleh gunakan seharian adalah seperti minyak zaitun, evening primrose, flaxseed dan minyak ikan. Jenis-jenis minyak ini mudah larut dan menyerap ke dalam sel kita terutamanya jika minyak ini dimakan bersama soy lecithin. Soy lecithin akan membantu minyak ini menjadi emulsion yang akan diserap dalam usus kita dan dihantar ke setiap sel badan kita untuk proses awet muda.


Minum air bersih
Selain daripada makanan seimbang kita perlu memastikan air minuman kita adalah air yang bersih. Sebagai contoh, penapis air bio-aura energy system Dr. Azimuth yang akan membantu proses regenerasi dan awet muda. Kita perlu ingat bahawa 70 peratus dari berat badan kita adalah air (H2O). Air yang tercemar dan berklorin dan mempunyai bahan-bahan kimia lain seperti THMs (Trihalomethanes) boleh menyebabkan sel kita lemah dan mati dengan cepat. Ia juga boleh menjadi punca utama penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi, jantung, sakit hati (liver) dan lain-lain lagi. Ia juga penyebab utama penyakit batu karang di buah pinggang dan pundi kencing.


Minum teh herba
Selain daripada itu, kita juga perlu mengamalkan minum teh herba untuk kekal awet muda. Sebagai contoh untuk proses detox, kita perlu sekurang-kurangnya minum teh misai kucing 2 atau 3 kali seminggu. Teh ini mempunyai keupayaan untuk membersihkan buah pinggang dan pundi kencing dan daapt menyah asid uric dari sistem badan kita. Dengan cara ini sel kita akan lebih aktif dan kita dapat menyahkan radikal bebas dan toksin dari badan kita. Bagi mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis, gout dan lain-lain lagi mereka boleh mengamalkan minum teh misai kucing yang dicampurkan dengan hempedu bumi. 

Teh herba seperti misai kucing dan hempedu bumi membantu mengalkali sistem darah kita kerana radikal bebas dan bahan-bahan toksin dalam badan kita biasanya berasid. Minuman-minuman biasa seperti kopi, air bergas, gula, makanan yang diproses juga berasid dan akan menyebabkan peningkatan toksin dalam sel. Toksin-toksin ini akan menyebabkan kita cepat tua, sakit sendi dan mudah penat. Untuk meneutralkan bahan toksin dalam badan kita perlu minum teh herba supaya toksin-toksin yang berbentuk asidik dapat dineutralkan dan dapat dibuangkan dari sistem buah pinggang dan pundi kencing kita.

Leave a Reply

Labels