
Friday, 24 May 2013
Fesyen Untuk Si Kurus
Fesyen Untuk Lelaki Kurus
1) Jangan pakai pakaian yang berbentuk fit atau melekat kat tubuh anda. Bukan jer akan nampakkan anda lagi kurus, lagi macam tengkorak adalah.
2) Sekiranya anda membeli t-shirt. Beli yang ada banyak corak. Berbelang-belang ker, berbunga2 ke atau yang ada tulisan. Jangan pakai pakaian yang plane (1 colour jer). Pakaian yang bercorak akan mengurangkan fokus pemerhati tepat ke badan anda. Pandangan mereka akan lebih berpusat kepada pakaian yang anda pakai.
3) Bagi T-shirt, pakailah yang berkolar, atau jenis turtle neck. Jangan pakai yang mempunyai corak leher v atau bulat. T-shirt berkolar akan menampakkan dada anda lebih bidang dan sasa. Bagi corak leher v plak, akan nampaklah dada anda yang kurus tu. Tak macho lah. Macha ada lah.
4) Bagi yang gemar memakai jacket. Pakai jacket yang panjang ke paras punggung anda. Jaket yang singkat akan menampakkan anda lebih tinggi dan menampakkan punggung, lengan dan kaki anda yang kurus.
5) Bagi seluar, cari yang ada banyak kocek. Poket2 nie akan nampakkan kaki anda lebih besar.
6) Bagi seluar jeans. Cari jean dari pattern Boot Card atau easy fit. Jangan pakai jeans jenis straight cut kerana akan menampakkan bentuk kaki anda yang sebenar.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)