
Friday, 24 May 2013
Salah Pakai Skinny
Cara Pakai Skinny yang Salah Bagi Lelaki
Skinny Jeans Berwarna Cerah.
Tolonglah. Kamu bukan badut. Lupakan warna merah, kuning, hijau, merah jambu, ungu, jingga serta warna-warna cerah yang lain. Skinny jeans hanya kelihatan segak jika ia berwarna hitam, serta warna selvage denim atau kelabu gelap. Warna putih pun boleh, tetapi hanya jika kamu jenis orang yang tidak suka duduk merata-rata dan bersepah-sepah. Warna denim pudar pula hanya jika kamu seorang rockstar, selain dari itu kamu hanya akan kelihatan seperti seorang Mat Rock tahun 80an, dan ini tidak bagus, kecuali jika itulah wawasan fesyen kamu.
Ukuran Pinggang Kamu Lebih 34 Inci.
Lupakan sahaja. Serius. Kalau pinggang kamu berukuran lebih 34 inci, ini bermakna punggung serta peha kamu juga akan bertepatan nisbahnya dengan 34 inci. Ada sebab skinny jeans ini dipanggil skinny jeans. Skinny bermaksud kurus. Dan orang kurus sahaja boleh pakai jeans untuk orang kurus. Faham? Kalau tidak dapat menerima realiti tersebut sila mula bersenam esok selepas kamu makan nasi lemak (nasi tambah) kamu.
Skinny Jeans Dengan Selipar.
Kamu sudah konon-konon bergaya dengan skinny jeans, tetapi tiba-tiba kamu pakai selipar. Tiada penyudah. Skinny jeans berwarna gelap paling bergaya dipadankan dengan kasut berwarna cerah. Juga dengan kasut but hitam high-cut, dengan hujung jeans kamu dimasukkan ke dalam kasut. Tak lupa juga kasut sneakers (terutamanya yang berunsur old school) yang bukan sneakers yang dipakai dalam gelanggang bola keranjang macam apa Kobe Bryant atau Michael Jordan pakai.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)