Monday, 23 April 2012

Pil pencegahan kehamilan

0 comments



Pil pencegahan kehamilan
  • Terdapat 3 jenis pil pencegah hamil:
(i) Pil pencegah hamil campuran
- Pil pencegah hamil ini mengandungi estrogen sintetik dan progestrogen (hormon yang berfungsi seperti progesteron).
- Ia menghalang ovulasi dan menyebabkan dinding endometrium menjadi nipis supaya embrio tidak dapat menempel. Selain itu, mukus di serviks juga menebal menyukarkan sperma untuk berenang ke ruang dalam uterus.
- Ianya mungkin menyebabkan haid yang pendek dan sedikit.
- Ianya mungkin menyebabkan sakit kepala, rasa loya dan kenaikan berat badan pada awal penggunaannya.
- Ianya mesti diambil pada masa yang sama setiap hari berterusan sehingga 21 hari diikuti 7 hari rehat (haid akan keluar semasa tempoh rehat). Selepas 7 hari rehat, kitaran baru pil dimulakan.
- Pil pencegah hamil ini boleh dibeli di mana-mana farmasi atau klinik
-  Contoh-contoh: Nordette, Microgynon, Marvelon, Mercilon and Gynera.
- Peratus kegagalan: 0.1%
(ii) Pil progesteron sahaja (pil mini)
- Pil mini hanya mengandungi hormon progesteron
- Ia menjadikan dinding endometrium menipis dan mukus di kawasan serviks menebal. Kadangkala ia juga berfungsi mengawal ovulasi.
- Aliran haid akan menjadi sedikit dan pendek. Kitaran haid juga menjadi tidak tetap. Ini menjadikan pil mini kurang popular dikalangan pengguna pil pencegah hamil.
- Ia dianggap pil yang paling lemah dan kurang kesan sampingan tetapi kurang berkesan jika dibandingkan dengan pil campuran.
- Ia diambil sepanjang tahun berterusan tanpa henti.
- Peratus kegagalan: 2%
(iii) Pil pencegah hamil kecemasan
- Pil pencegah hamil kecemasan digunakan untuk menghalang kehamilan sekiranya melakukan hubungan kelamin tanpa sebarang perlindungan, dirogol atau mengesyaki kegagalan kaedah pencegah hamil contohnya kebocoran kondom.
- Ianya diambil 72 jam (3 hari) selepas melakukan seks.
- Ianya tidak setanding pil pencegah kehamilan lain.
- Tidak sepatutnya digunakan berterusan kerana peratus kegagalan yang tinggi.
- Contoh: Postinor
- Peratus kegagalan: 5%
- Cara alternatif bagi pencegahan kehamilan kecemasan adalah dengan memasukkan  IUCD dalam masa 4 hari selepas menjalankan hubungan.

Leave a Reply

Labels