Friday, 17 June 2011
Suami Romantik
4 Rahsia Mencungkil Sifat Romantis Suami.....
Mungkin para isteri tidak sedar bahawa sebenarnya sikap romantik ini ada pada suami. Bezanya ada lelaki boleh mempamerkannya dan ada yang lebih suka memendamkannya saja dalam hati. Sekiranya suami anda jenis yang memendam sikap romantik dan langsung tidak mempamerkannya, maka adalah menjadi tugas anda untuk mencungkilnya.
1) Tampil cantik
Pastikan anda sentiasa kelihatan cantik untuk suami apatah lagi ketika di rumah. Sekali pun anda berkain batik dan baju-T saja, pastikan ia tidal lusuh, pakai dan calit gincu di bibir untuk menyerikan wajah.
2) Benarkan suami luangkan masa bersama rakan
Ramai lelaki yang berumahtangga rindu saat-saat duduk bersantai bersama dengan rakan mereka seperti di waktu mereka masih bujang.Lelaki juga seperti wanita,ingin berbual-bual atau menghabiskan masa dengan rakan-rakan.Inilah yang membahagiakan mereka.
3) Pujian
Bukan wanita saja yang senang menerima pujian, lelaki juga sama. Apatah lagi jika pujian itu bersangkutan dengan aspek kelakian mereka. Jadi mereka akan merasa sangat dihargai bila dipuji sebagai pekerja gigih, bekerja keras dan bertanggungjawab terhadap keluarga.
4) Sentuhan Kecil
Akibat sibuk melayani anak-anak, isteri enggan mengenggam tangan atau lengan suami. Sebenarnya menyentuh, memegang tangan suami atau melentokkan kepala di bahu suami cukup memberi ketenangan buat dirinya. Suami akan rasa disayangi dan dimanjakan sekaligus membuatkan dirinya terasa romantik. Sentuhan tersebut akan memberi kesan cinta dan tanda isteri memberi perhatian kepadanya.
Sumber : Perpustakaan Negara
Dari meja pengarang : dalamcantik.com
Anda boleh menghantar soalan atau cadangan topik ke email dalamcantik@gmail.com (maklumat anda akan dirahsiakan).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)