Tuesday, 14 June 2011

Masalah Sosial Remaja Islam

0 comments


Cerita tentang pelajar sekolah melakukan perbuatan tidak bermoral terutama bercunbu-cumbuan dengan temam lelaki bukan satu cerita yang aneh. Malah sudah ramai pelajar perempuan di sekolah menengah mahupun di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang sudah mengadakan hubungan seks dan akhirnya mengandung anak luar nikah.

Apa hendak jadi dengan pelajar kita sekarang ini, nafsu mengatasi segala galanya. Mereka tidak takut pada dosa. Mereka tidak dengar nasihat ibubapa lagi. Bagi mereka teman lelakinya adalah segala-galanya.

Oleh kerana sejambak budi tergadai `body'. Sudah terlanjur baru hendak terngadah, bila nasi sudah menjadi bubur, perut sudah mula membuncit, apa hendak dikata, salah sendiri.

Ini semua berkisar kepada soal cinta, jatuh cinta. Betul lah kata orang tua-tua, bila jatuh cinta tak kenal botol kicap dan botol cuka. Bila hati sudah sayang, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Cinta memerlukan pengorbanan, kerana itu mereka sanggup korbankan 'body' dan maruah demi cinta sejati.

Pelajar perempuan terlalu mudah terjerumus, di samping mereka mungkin juga terpengaruh dengan filem-filem yang menonjolkan adegan yang tidak sepatutnya.

Ibu bapa tidak harus dipersalahkan 100 peratus kerana masa pelajar ini lebih banyak di luar dari di rumah. Macam mana ibubapa hendak mengawal sedangkan pengaruh di luar lebih mengatasi pengaruh ibu bapa.

Mereka lebih mendengar kata-kata kawan rapat atau kekasih mereka dari ibu bapa mereka sendiri. Kalau hati sudah suka, ke mana pun mereka sanggup pergi.

Inilah padahnya bila sudah terlalu sayang kepada teman lelaki, mereka sanggup tinggalkan ibu bapa. Tidak sekadar ini, mereka sanggup melakukan penzinaan atas dasar suka sama suka. Mereka kata suka sama suka tak apa, tetapi bila perut sudah membuncit baru tahu apa akibatnya.

Didikan agama dari awal penting dalam menghindari perkara jijik begini, tetapi didikan agama juga tidak mampu mencegah perkara ini jika faktor faktor luaran tidak dikawal.

Kita semua perlu bersama-sama memastikan suasana di luar tidak mengundang kepada gejala maksiat, program-program yang mungkar perlu disekat, pergaulan bebas lelaki dan perempuan juga perlu dikawal. Melalui pergaulan bebas lelaki dan perempuan inilah yang akan mendorong kepada gejala maksiat.



Leave a Reply

Labels