Menurut Islam, sebelum pembahagian harta pusaka si mati dibahagikan kepada ahli waris, ada tiga perkara yang perlu dilakukan dengan harta peninggalan si mati iaitu : (1) Perbelanjaan pengurusan jenazah diambil daripada harta peninggalan si mati tanpa berlebih atau berkurang (2) Pembayaran segala hutang si mati dan (3) Penunaian segala wasiat si mati dengan tidak melebihi 1/3 daripada harta si mati (Abd al-’Ati 2008: 270-71).
Sekarang terdapat laman web yang memberi maklumat secara terperinci mengenai pembahagian harta pusaka dalam Islam dan cara pengiraan berkomputer.
Contohnya laman web Islam USM yang membolehkan kita menggunakan khidmat Sistem Maklumat Faraid. Web itu memberi penerangan ringkas mengenai sistem faraid, dalil, ahli waris, carta waris, kadar dan cara pengiraan.
Cara pengiraan begitu mudah untuk digunakan kerana menggunakan aplikasi komputer dan sesuai dengan perkembangan sekarang (lihat, http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html).



































