Monday, 14 November 2011

Lebam Bawah Mata

0 comments


Pasti ramai yang sedang atau pernah mengalami masalah ini. Bagi seorang wanita pastinya akan memberi kesan terhadap penampilan anda jika tidak diatasi dengan segera. Berikut diberikan beberapa penyebab terjadinya masalah lebam di bawah mata serta cara mengatasinya.


Antara Penyebab Timbulnya Lebam Di Bawah Mata :-

1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
 
2. Anda ada alahan.
 
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
 
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
 
5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.
 
6. Faktor genetik.
 
7. Pengaliran darah yang tak stabil.
 
8. Anda menghadapi tekanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik.
 
9. Terdedah kepada cahaya matahari.

10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.
 
11. Ada masalah pinggang dan juga perut.
 
12. Tisu lemak dan cecair.
 
13. Masalah sinus.
 
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
 
15. Anda seorang perokok


Cara Mengatasi Lebam Di Bawah Mata :-

1. Banyakkan meminum air kosong

Lebih lebih lagi jika anda seorang aktif melakukan pelbagai aktiviti. Pengambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.

2. Makan sayur-sayuran hijau

Andainya anda kurang nutrisi, mulai sekarang tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian.

3. Gunakan timun atau tomato

Hirisan timun ataupun tomato boleh anda tekapkan pada kedua-dua mata selama beberapa minit. Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.





Leave a Reply

Labels