Friday, 13 January 2012

Kaya Bertukar Papa Kedana

0 comments


Gagal Merancang Maka : Dari Kaya Bertukar Papa Kedana


" Kekecohan boleh berlaku pada sebarang masa dengan cara yang tidak diduga selepas berlaku kematian. "


Sedarlah kita bahawa harta yang begitu banyak dikumpul sepanjang tempoh kehidupan boleh hilang atau susut setelah berlaku kematian apabila gagal membuat perancangan pusaka? Petikan ini memberi gambaran realiti yang berlaku dalam menghadapi permasalahan pusaka dan bagaimana proses pentadbiran pusaka akan menjadi lebih mudah dan selamat jika ada perancangan awal.

sebuah kes, seorang usahawan yang berjaya telah mempercayai bahawa harta pusakanya tidak perlu dirancangkan. Ia memiliki sebuah rumah banglo yang besar yang bernilai RM2 juta.

Untuk menampung modal perniagaannya sebanyak RM1.2 juta, ia telah melakukan suatu gadaian dengan sebuah bank. Setahun selepas itu ia meninggal dunia. Semasa itu ia juga memiliki sebuah kondominium yang bernilai RM300,000 yang sudah dijelas dari segala hutang. Malangnya tidak lama kemudian krisis ekonomi telah menjejas nilai kedua-dua harta yang dimiliki simati tersebut.

Oleh kerana balu simati tidak mampu menjelaskan hutang bank, maka pihak bank telah melelong rumah banglo tersebut. Hasil yang didapati hanya RM900,000 oleh kerana kegawatan. Pihak bank berjaya juga mendapat kelulusan mahkamah untuk menjual kondominium bagi menampung baki hutang simati.

Maka keluarga simati akhirnya tidak mendapat apa-apa kesenangan dari hasil perniagaan simati seumur hidupnya, walaupun dia telah berjaya dalam perniagaannya semasa hidupnya. Kereta mewah yang dibeli secara sewa beli (hire purchase) terpaksa dipulangkan (ditarik oleh pihak bank) oleh kerana kekurangan kewangan.

Sementara itu ibu simati mendesak balunya dan menuduhnya mempermainkan harta anaknya. Kata-kata tuduhan umpat keji “Apa yang kau buat dengan harta anak aku?”, “Mana perginya kereta Mercedes yang cantik tu?” malahan “Kau perempuan gatal, ada jantan lain ye, menghabiskan harta anak aku?” sentiasa dilemparkan kepada si menantu.

Maka si balu yang malang itu ditimpa satu musibah demi satu musibah. Dalam keadaan tidak berdaya seperti ini, agak mustahil baginya untuk mengawal keadaan. Si isteri dan anak-anak terpaksa meneruskan hidup dengan keadaan meminta-minta kepada belas kasihan saudara-mara dan sahabat handai.

Keadaan yang kocah-kacih boleh dielak, diatasi atau dikurangi dengan perancangan harta pusaka yang baik. Misalnya, jika seseorang itu dalam keadaan berhutang, ia harus mendapat perlindungan insurans atau takaful untuk mengelakkan masalah kepada keluarganya selepas kematiannya.

Biasanya apabila seseorang itu membeli rumah, insurans yang dibuat oleh pihak bank untuk melindungi hutang tersebut biasanya ialah “Mortgage Reduction Term Assurance” atau MRTA. Walaupun di dalam perjanjian peminjaman dengan bank, si peminjam itu dikehendaki membayar ansuran bulanan, tetapi atas kematiannya, pihak insurans pula akan menjelaskan baki hutangnya. Dengan itu selepas kematian peminjam hutang rumah yang dilindungi MRTA, keluarganya tidak dibebani dengan masalah hutang dengan bank.

Contoh dalam perniagaan pula ialah perniagaan perkongsian (partnership). Masalah boleh timbul jika rakan kongsi kita meninggal dunia. Balunya atau anak-anaknya ataupun wakil-wakil mereka akan membingitkan telinga kita dengan segala tuntutan-tuntutan dengan alasan perniagaan masih meraih keuntungan dan keluarga simati berhak menikmatinya.

Kita terpaksa melayani tuntutan waris-waris simati oleh kerana selagi perniagaan masih diteruskan, keuntungan hendaklah dibagi seperti mana dalam perjanjian perkongsian sebelum rakan kongsi itu meninggal dunia.

Untuk menggelakkan masalah seperti ini, seorang rakan kongsi yang bijak haruslah mendapat perlindungan insurans yang dinamakan “Keyman’s insurance”. Dengan insurans ini, atau kematian salah seorang rakan kongsi, pihak insurans akan membayar rakan kongsi yang masih hidup wang yang dijanjikan, untuk dibayar kepada waris-waris simati.











Leave a Reply

Labels