Thursday, 5 January 2012

Kad Kuasa Pegawai Syarak

0 comments



Seramai 370 imam dari 179 masjid di negeri Melaka kini dibekalkan dengan Kad Kuasa Pegawai Syarak bagi memudahkan tugasan memantau gejala sosial dalam masyarakat Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Melaka, Datuk Yaakub Md Amin berkata, kad kuasa yang diperkenalkan pertama kali itu merupakan salah satu langkah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk memastikan indeks kesalahan syariah di negeri tersebut dapat dikurangkan.
 
"Pengenalan kad kuasa ini dapat mengelakkan pertikaian orang awam pada teguran yang dilakukan oleh imam berhubung sesuatu isu atau gejala sosial kerana mereka (imam) sebelum ini tidak mempunyai kad kuasa," katanya.
Yaakub bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pemimpin dan penyerahan kad kuasa kepada 46 imam bagi Parlimen Kota Melaka di sini, hari ini.
 
 
Sumber :  Harian Metro
 
 
 
 
 

Leave a Reply

Labels