Tuesday, 3 January 2012
Kebaikan Berniaga
Berbeza dengan kerja, berniaga sendiri memerlukan komitmen yang lebih tinggi. Salah satu daripada sebabnya adalah kita sendiri yang mengawal aliran tunai setiap bulan. Berniaga adalah cara yang terbaik untuk memahami keperitan dan keindahan yang dialami oleh para usahawan jutawan yang berjaya di luar sana. Antara kebaikan berniaga adalah:
1) Menguruskan Masa Dengan Lebih Efektif
“ Better three hours too soon, than one minute too late. ” – William Shakespeare
Pengurusan masa seorang yang berniaga adalah lebih ketat berbanding mereka yang bekerja dengan orang lain. Ini kerana peniaga yang menetapkan masa kerja mereka sendiri, dan tidak menurut mana-mana pihak atasan.
Apabila kita berniaga dan tidak mengambil endah terhadap pengurusan masa, situasi yang kritikal akan berlaku dan memberikan kesan terhadap prestasi perniagaan kita dan sebagainya.
2) Bebas Kewangan Lebih Awal
Mereka yang belajar selok belok perniagaan di peringkat awal mempunyai potensi untuk mencapai matlamat bebas kewangan lebih awal. Ia akan mematangkan minda seseorang dengan lebih pantas mengenai realiti perniagaan dan kehidupan.
“ Mula berniaga sekarang. Kerana lebih banyak kita buat dan belajar, maka lebih cepat untuk kita berjaya. ”
3) Potensi Pendapatan Tidak Terhad
“ 9/10 rezeki datang daripada perniagaan ”
Apabila berniaga, kita sendiri dapat menetapkan potensi pendapatan yang ingin diperoleh. Semuanya tertakluk pada misi, kepercayaan dan tindakan kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)