Friday, 6 April 2012

7 Makanan Untuk Awet Muda

0 comments





1. Bawang putih  

Khasiat bawang putih sudah lama diketahui dan disokong penyelidikan moden. Ia berkesan melancarkan perjalanan darah dan menghalang tubuh daripada jangkitan penyakit.


       

    2. Kubis

    Ada pelbagai jenis kubis, kubis hijau, merah, putih dansavoy. Lazimnya, kubis bertindak sebagai pemulih penyakit dan menggalakkan keseimbangan bakteria yang diperlukan. 









         
    3. Tomato

    Tomato juga berkesan menghalang serangan kanser, mengurangkan serangan jantung dan kaya vitamin C dan E. Bahan utama phytochemical pada tomato ialah lycopene. Kebanyakan kandungan lycopene (hingga 85%) ada pada tomato dan barangan berasaskan tomato.





    4. Beri biru

    Tergolong dalam keluarga vaccinium,dikenali juga sebagai bilbery,blueberry dan huckleberry, ia patut dimakan sekerap mungkin setiap hari. 
        









    5. Bayam

    Kaya dengan vitamin A,serat,vitamin dan folate. Bayam juga kaya sumber phytochemical lutein, yang bertindak bersama carotenoid zeaxanthin untuk melindungi daripada masalah penglihatan. 






    6. Ikan sardin

    Kaya dengan asid lemak omega-3, sardin di dalam tin kecil membekalkan lebih 75% kandungan kalsium yang diperlukan sehari dan hampir separuh kandungan zink yang diperlukan badan. Asid lemak omega-3 berkesan mengelakkan serangan jantung dan masalah darah beku serta membekalkan kesan anti-radang. Sardin juga diperkaya dengan vitamin D.




    7. Kacang brazil

    Kaya zat besi, zink, magnesium dan vitamin B1. Kandungan asid lemaknya (omega-3) juga lebih banyak daripada kacang lain. Sebaliknya anda perlu mengambil 30g kekacang atau bijian setiap hari untuk keseimbangan hormon, peredaran darah yang baik,kulit sihat, berdaya tahan dan mengurangkan kesan radang. Ia juga elok dimakan kala gejala putus haid.









    Leave a Reply

    Labels