Monday 30 April 2012

Act of Valor

0 comments



Filem ini mengisahkan mengenai operasi dan misi sebuah team Navy SEALs. Semasa di Costa Rica, dua ejen CIA iaitu Walter Ross (Nestor Serrano) and Morales (Roselyn Sánchez) telah berjumpa untuk bertukar informasi mengenai pengedar dadah Mikhail “Christo” Troykovich. Namun, mereka telah dikesan dan Walter Ross telah dibunuh oleh orang Christo. Ejen Morales pula telah ditangkap dan dibawa oleh Christo ke satu tempat penyembunyian untuk dapatkan info darinya. Morales telah diseksa dalam usaha tersebut.

Satu team NAVY SEALS telah ditugaskan untuk menyelamatkan Morales dari tempat penyembunyian orang jahat Christo. Pada masa yang sama isteri Lieutenant Rorke sedang hamil dan akan melahirkan anaknya yang pertama dalam masa terdekat. Disebabkan tugasnya sebagai seorang navy, Rorke terpaksa meninggalkan isterinya dan menyertai kumpulannya melakukan operasi menyelamat.

Apabila ejen Morales telah diselamatkan, mereka menemui satu telefon bimbit, yang membongkarkan operasi yang lebih besar melibatkan kegiatan dadah tersebut, dan dapat tahu bahawa orang jahat ingin menyerang bandar-bandar utama di Amerika Syarikat untuk menimbulkan suasana panik. Dari situ, bermula sebuah lagi operasi untuk menyerang dan membunuh segala orang jahat yang masih tinggal.

Leave a Reply

Labels