Wednesday, 18 April 2012

Komik-M

0 comments


Komik-M atau dikenali sebagai Komik Malaysia merupakan syarikat yang menerbitkan komik di bawah PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Komik-M ditubuhkan sekitar awal tahun 2008, di bawah anak syarikat PTS Millenia Sdn Bhd. Pada Mac 2011, Komik-M bernaung di bawah PTS Pop Sdn Bhd, sebuah anak syarikat PTS yang ditubuhkan untuk mengungguli industri bacaan hiburan islamik. Komik-M diterbitkan secara berkala, biasanya 2 atau 3 judul setiap bulan.

Komik-M mengandungi kandungannya yang tidak melampaui batas-batas syariah Islam, menggunakan Bahasa Melayu Tinggi di samping memperkenalkan budaya Malaysia sebagai konsep asasnya. Komik-M diterbitkan selain dari memeriahkan lagi industri komik tanah air, Komik-M juga ingin mendidik pembaca mereka terutamanya generasi muda untuk sentiasa menghargai budaya, agama dan memartabatkan Bahasa Melayu. Fenomena Komik-M juga semakin menjadi-jadi setelah pelbagai judul komiknya sudah mula membuka mata masyarakat tentang kebaikan komik dan membuktikan bahawa komik bukan perosak bangsa dan bahasa. Antara komik dari Komik-M yang berjaya adalah Misi 8A dan Ultra Qalif.

Pada 3 tahun pertamanya, Komik-M sudah menerbitkan lebih 50 judul, antara genre-genre yang menjadikan Komik-M lebih bervariasi adalah genre fantasi, sukan, remaja, kanak-kanak, sains fiksyen, humor, pembelajaran, dakwah islamik dan sebagainya. Sehingga kini lebih 40 artis sudah bernaung di bawah unit Komik-M, antaranya pelukis legenda tanah air, kartunis Tembakau. Setakat ini Komik-M membawa 2 jenis konsep komik, komik bersiri dan komik antologi.

Sumber: wikipedia





Leave a Reply

Labels