Monday 30 April 2012

The Beaver

0 comments



Walter Black (lakonan Mel Gibson) adalah seorang bos yang berjaya di sebuah syarikat pembuat barang permainan kanak-kanak. Dia mempunyai sebuah keluarga yang bahagia, terdiri daripada isteri Meredith Black (lakonan Jodie Foster), anak Porter Black dan Hendry Black. Penyakit kemurungan telah melanda diri beliau dan menyebabkan beliau sentiasa kerunsingan dan tidak mempunyai kehidupan normal. Penyakitnya membuatkan dia sentiasa murung dan rasa nak tidur selama yang boleh. Setelah sekian lama bersabar, isteri dan anak-anak beliau telah membuat keputusan untuk meninggalkannya akibat tidak dapat melihat dirinya begitu. Beliau seperti tiada harapan untuk hidup dah.

Sehinggalah beliau terjumpa sebuah ‘hand-puppet’ atau mainan tangan yang merupakan seekor memerang bernama “The Beaver”. Mainan tersebut mempunyai aura dan juga hidup di tangan Walter. Dan semenjak daripada memegang The Beaver, hidupnya telah diuruskan oleh mainan memerang tersebut. Dalam tak sedar, The Beaver telah menjalankan kegiatan jahatnya untuk menguasai orang ramai. Kehidupan Walter makin serius dan dia telah mengambil keputusan drastik demi menjaga dirinya, keluarga dan orang di sekeliling. Apa keputusan itu?

Leave a Reply

Labels