Berat badn anda akan dipantau secara berkala untuk mengetahui keadaan kandungan. Anda perlu teliti dalam mengawal berat badan kerana peningkatan secara mendadak menjadi tanda awal anda mengalami tekanan darah tinggi atau diabetes. Selepas kandungan berusia 20-36minggu, pertambahan berat badan dijangka 0.5kg seminggu.
Paras ketinggian anda pula akan diambiil hanya ketika pemeriksaan antenatal pertama. Ini kerana tahap ketinggian merupakan gambaran awal kepada saiz seviks. Dengan mengetahui saiz pelvik, anda dapat menentukan jenis kelahiran yang bakal dilalui. Jika pelviks terlalu kecil untuk memuatkan kepala bayi semasa proses kelahiran, biasanya pembedahan Caesarean mungkin perlu dilakukan.
Walau bagaimanapun, jika berketinggian melebihi 152sm, anda tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk melalui kelahiran secara normal melainkan bayi yang dikandung bersaiz besar di luar kebiasaan.


































