Friday 27 April 2012

Blackberry Porsche P'9981

0 comments



Smartphone terbaru BlackBerry yang dibina melalui kerjasama dari Porsche Design dipasang BlackBerry OS 7 iaitu BlackBerry Porsche P’9981 akan dibawa masuk di Hong Kong menjelang hujung bulan April 2012. Research In Motion memasang BlackBerry Porsche P’9981 dengan kerangka luar di bina dari ‘stainless steel’ serta bahagian belakang bersalut getah untuk pegangan tangan mantap. Rekabentuknya amat berlainan kerana memaparkan ciri kubikal futuristik juga mewah sesuai dengan falsafah reka bentuk Porshce pada kereta mewah keluaran mereka. Ketika pameran Consumer Electronic Show 2012 di Las Vegas Convention Centre di Nevada, Amerika, Porshce memperkenalkan kereta terbaru mereka, Porsche 911 Convertible dipasang dengan teknologi terbaru dari BlackBerry. Video mengenainya dipaparkan di channel rasmi BlackBerry. Harga BlackBerry Porsche P’9981 di Malaysia adalah RM7,499-RM7,888 bergantung pada aksesori dan waranti ditawarkan penjual. Laman web BlackBery Malaysia tidak ada memaparkan gambar serta spesifikasi BlackBerry Porsche P’9981 sama sekali.

Leave a Reply

Labels