Thursday 26 April 2012

Dunne Buat Kepulangan Untuk Skuad Villa

0 comments
Bek tengah Aston Villa, Richard Dunne kembali ke latihan pada hari Isnin selepas dua bulan tidak beraksi akibat tulang selangka patah, demikian pengesahan oleh pengurus, Alex McLeish.
McLeish yakin Dunne akan boleh dapat diturunkan pada dua perlawanan akhir kempen menentang Tottenham dan Norwich.
Itu juga merupakan rangsangan untuk Republik Ireland sebelum kempen Euro 2012 mereka.
Dunne telah diketepikan sejak mengalami kecederaan semasa menentang Manchester City pada bulan Februari.
McLeish berkata, "Itu berita baik mengenai Richard. Dia kembali menyertai kumpulan itu untuk latihan pada hari Isnin."
"Jika dia tak bermain di West Brom hujung minggu ini, dia harus bersedia untuk aksi dengan Tottenham."
-wiseonline




Leave a Reply

Labels