Thursday 26 April 2012
Sukma: Terengganu kesal acara kenu ditiadakan
KUALA TERENGGANU 23 April - Terengganu melahirkan rasa kesal di atas
ketiadaan acara kenu pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) yang akan
berlangsung di Pahang, Julai nanti.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau tidak mengetahui
kenapa acara itu tidak diadakan kerana difahamkan kenu merupakan sukan
berprestasi tinggi.
“Kita hairan acara kenu pada Sukan SEA diadakan, tetapi di
peringkat negara sendiri tidak diadakan dalam Sukma. Bagaimana kita nak
memilih atlet kenu mewakili negara sedangkan kenu tidak dipertandingkan
di Sukma," katanya pada majlis penyampaian insentif khas anak Terengganu
ke Olimpik London 2012 di sini malam tadi.
Ahmad berkata, semasa Terengganu menjadi tuan rumah Sukma sebelum
ini, acara sukan berprestasi tinggi diteruskan seperti renang, lawan
pedang dan gimnastik.
“Kita kena rasional. Nak pilih atlet sukan negara mesti melalui Sukma.
Menang Sukma baru boleh wakil negara. Kalau dalam Sukma tak ada, kita nak pilih macam mana untuk wakil negara?
“Ini yang menjadikan sukan negara tak berjaya. Politik banyak
sangat dalam sukan. Campur tangan dan nak kritik pun tak boleh," katanya
dengan nada kesal. - BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)