Thursday 26 April 2012

Mahukan Marriner

0 comments

MANCHESTER UNITED akan mengharapkan pemilihan Andre Marriner sebagai pengadil untuk perlawanan setempat Isnin ini sebagai pemilihan yang tepat.
 
Pegawai perlawanan kelahiran Midlands berusia  41 tahun itu mengendalikan perlawanan semasa sepakan gunting Wayne Rooney mengalahkan City musim lepas.
 
Beliau masih belum mengadili perlawanan City musim ini namun menjadi pengadil semasa pemain  Liverpool, Luis Suarez dituduh mengeluarkan komen berunsur perkauman terhadap kapten United,  Patrice Evra pada perlawanan Oktober lepas.
 
Marriner juga pengadil yang membenarkan pemain Blackburn, Morten Gamst Pedersen untuk mengambil dan meneruskan sepakan penjuru sendirian dan membuat hantaran lintang untuk Junior Hoilett menjaringkan gol semasa keputusan seri 3-3 di Wigan.-Wiseonline
 
 
 
 

Leave a Reply

Labels