Tuesday, 24 April 2012

Shila Amzah

0 comments


Ekoran timbulnya isu penyanyi lagu ‘Patah Seribu’, Shila Amzah yang dikatakan beraksi ‘gedik’ bersama kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar baru-baru ini, Media Hiburan Online menghubungi si empunya diri untuk mendapatkan penjelasannya.
“Berkenaan dengan isu tersebut, saya terima dengan hati terbuka setiap komen yang diberikan oleh peminat, sama ada ia positif atau sebaliknya.
” Siapa yang mengambil tahu tindak-tanduk kami secara tidak langsung ia menunjukkan masih ada yang sayang dengan saya dan Sharnaaz. Kalau ada jodoh, insyaAllah hubungan ini akan diteruskan kepada fasa yang lebih serius,” katanya jujur.
Zubir Berita Harian baru-baru ini menegur kelakuan Shila Amzah dan kekasihnya iaitu Sharnaaz yang berkelakuan terlebih mesra di depan khalayak ramai.
Antara kata-kata Zubir ialah:-

Orang lain pun bercinta juga, tapi cool saja. Lebih menjengkelkan, Sharnaaz dan Shila menunjukkan kemesraan itu di depan ibu Shila, walhal kedua-duanya bukan ada ikatan sah sebagai suami isteri, sebaliknya hanya berstatus kekasih sahaja.
Zubir perhatikan, ibu Shila seolah-olah merestui anak daranya itu beraksi mesra dengan Sharnaaz.
Apalah salahnya sebagai ibu, tegur sikit Shila tu supaya menjaga kelakuan di tempat awam, jangan biarkan orang menyampah dengan gelagat mesra bersama Sharnaaz yang over sangat tu.





Leave a Reply

Labels