Thursday 26 April 2012

Kean Yakin Blackburn Selamat

0 comments
Pengurus Blackburn, Steve Kean yakin pasukannya mampu mengelak dari penyingkiran Liga Perdana Inggeris dengan sasaran mata penuh dari baki tiga perlawanan musim ini.
Rovers mencatatkan kemenangan berharga ke atas Norwich City malam Sabtu lalu namun masih berada di zon penyingkiran divisyen, tiga mata ketinggalan dengan Wigan dan QPR.
Dan Kean memberitahu: "Inilah masanya untuk menunjukkan keberanian dan semangat dan juga anda saling menyokong satu sama lain."
"Jika anda ada rancangan permainan yang bagus dan sekumpulan pemain yang bagus, anda ada peluang dan saya ada kedua-duanya."
"Bilik persalinan dalam keadaan tenang ketika ini – kami semua tahu ini hanyalah bahagian pertama dari empat perancangan untuk kami keluar dari masalah."
"Sembilan mata dari tiga perlawanan terakhir akan menjadi hebat tapi cabaran yang kami tetapkan untuk diri sendiri ialah memastikan kami mengutip mata pada setiap perlawanan.”
Blackburn akan bermain dalam dua perlawanan terakhir mereka di tempat lawan menentang Tottenham dan Chelsea namun Kean yakin pasukannya boleh pergi ke mana sahaja dan mencatatkan kemenangan.

Leave a Reply

Labels