Syariat berkahwin adalah
syarat yang terulung, sedari zaman Nabi Adam hinggalah kepada zaman
Rasulullah saw. Perkahwinan ini menjadi satu institusi yang utuh dan
diperlukan. Islam sendiri menghormati dan mengutamakan perkahwinan,
kerana ianya mampu membina masyarakat. Sabda rasulullah saw: “Sesiapa di
antara kamu yang berkemampuan maka hendaklah dia berkahwin, jika tidak
mampu hendaklah dia berkahwin.”
Selain itu
dengan suluhan syariat telah mengariskan panduan untuk memilih pasangan
hidup setiap orang antaranya, oleh itu tidak boleh dipersalahkan
syariat Islam jika kepincangan melanda mereka.
Oleh itu
antara perkara yang wajib dan wajar diambil tahu oleh setiap pasangan
adalah tanggungjawab serta haknya di dalam perkahwinan tersebut. Ini
tidak kira samada ianya adalah suami mahupun isteri mahupun anak-anak.
Setiap golongan ini mempunyai hak dan tanggungjawab.
Merujuk
kepada keadaan semasa sekarang, penumpuan serius perlu diberikan
terhadap wanita agar mereka mengetahui hak dan tanggungjawabnya di dalam
perkahwinan. Ianya banyak dijelaskan di dalam undang-undang yang di
gubalkan, yang berhasrat untuk menjaga dan mengawal hak-hak ini dari
dilanggari.
Terdapat
beberapa hak yang perlu diambil tahu oleh setiap wanita, dan pemegang
hak itu perlulah menyerahkannya kepada yang berkenaan terutamanya
seperti mana yang terkandung di dalam enakmen yang diguna pakai terhadap
orang Islam di setiap negeri, antaranya:-
- Hak diwalikan semasa perkahwinan
- Paksaan dalam pilihan hidup
- Hak mengetahui dimadukan
- Bolehkan lelaki menuntut semula segala perbelanjaan
- Ithbat nikah
- Kausa bagi wanita pendaftaran perkahwinan
- Hak untuk ithbat cerai
- Hak menjaga anak (Hadhanah)
- Nafkah
- Mutaah dan harta sepencarian
- Hak mempusakai
- Hak untuk didengari
- Hak untuk diwakili