Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah
s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda: " Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
Wanita yang solehah (baik) itu
lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh. Seorang
wanita solehah adalah lebih daripada 70 orang wali. Seorang wanita
solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
Barang siapa yang meggembirakan
anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis
kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Barang siapa yang membawa hadiah
(barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa
yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail a.s..
Tidaklah seorang wanita yang
haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk
dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya
membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah bermakna
segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun
kepada Allah dari segala dosa." Maka Allah menetapkan dia bebas dari
neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa,
bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40
orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama
haidhnya.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah) di alam syurga.
Barang siapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua
saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan
mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung
jawab, maka baginya adalah syurga.
Daripada Aisyah f.ha. "Barang
siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu
dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka."
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.