Thursday, 19 April 2012
Hak-hak Wanita Dan Juga Kanak-kanak
Status wanita dan kesejahteraan kanak-kanak berkait-rapat antara satu
sama lain. Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi
terhadap Wanita (CEDAW) merupakan alat yang melindungi hak-hak asasi
manusia dan kebebasan asas wanita. Perjanjian tersebut telah diangkat
oleh Perhimpunan Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1979,
Konvensyen terhadap Hak-Hak Kanak-Kanak (CRC), yang memberi perhatian
terhadap hak kanak – kanak yang tidak dapat dinafikan, diikuti oleh satu
dekad selepas itu.
Kedua-dua konvensyen tersebut merupakan perjanjian yang berkait-rapat
antara satu sama lain, di mana ia menghubungkan masyarakat agar dapat
bergerak maju terhadap hak-hak asasi manusia. Dengan setiap satunya
menjelaskan tentang hak-hak khusus yang tidak boleh dibeza-bezakan
berdasarkan umur, jantina, kelas ekonomi atau kewarganegaraan. Kedua-dua
perjanjian ini melengkapi antara satu sama lain, melengkapi seruan
mereka dalam hak-hak dan tanggungjawab yang khusus serta memenuhi
jurang-jurang yang penting yang mungkin wujud sekiranya masing-masing
dibangunkan secara sendirian.
Walaupun kedua-dua perjanjian tersebut telah menerima penghebahan
yang meluas, CEDAW telah melalui jalan yang penuh berliku di dalam
mencapai penerimaan dan persetujuan. Sesetengah negara yang telah sedia
menerima konsep bahawa kanak-kanak mempunyai hak-hak tidak begitu
bersedia untuk menerima bahawa wanita juga mempunyai hak. Manakala 184
buah negara yang lain adalah memihak kepada CEDAW, terdapat beberapa
buah negara yang telah menghantar persetujuan tetapi masih mempunyai
kesangsian terhadap beberapa artikel di dalam CEDAW. Malahan, CEDAW
mempunyai bilangan kesangsian yang paling tinggi di antara lain-lain
perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang menunjukkan bahawa
terdapat tentangan terhadap hak-hak wanita di seluruh dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































