Monday 30 April 2012

The Hunger Games

0 comments






Sebuah pertandingan diadakan setiap tahun di sebuah negara di Amerika Utara pada masa dulu. Pada waktu itu, negara Panem dikuasai oleh Capitol yang jahat, dan mereka arahkan kesemua 12 daerah di bawah jajahan mereka untuk menghantar dua orang wakil (seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan) untuk bertanding di dalam pertandingan bernama Hunger Games. Konsep pertandingan tu adalah last-man-standing adalah pemenang. Ianya dibuat untuk menjadikan daerah-daerah ini setia kepada Capitol dan mengurangkan pemberontakan.

Hunger Games dipancarkan ke seluruh negara tersebut dan dijadikan tontonan dan hiburan. Para peserta dipilih secara cabutan di daerah masing-masing, dan untuk Daerah 12, Katniss telah secara sukarela menggantikan tempat adiknya. Peserta yang terpilih dipanggil “Tributes”, dan akan cuba untuk survive di dalam satu kawasan. Mereka perlu lawan antara satu sama lain, dengan senjata dibekalkan dan juga perlu mengelak daripada dibunuh. Cinta berputik semasa Katniss menghadapi perlawanan beliau. Apakah yang berlaku selanjutnya?

Leave a Reply

Labels