Wednesday, 25 April 2012

Sony SmartWatch kini di Msia

0 comments







Sony SmartWatch kini boleh di beli di Malaysia melalui GroupOn pada harga RM399 untuk masa terhad, pada saat kami menelitinya seramai 136 pembeli telah merembat Sony SmartWatch beserta hadiah khasnya sebuah tshirt dengan nama Sony. Tidak ada kupon diskaun diberikan sehingga ke saat berita ini kami tulis.

Untuk info, Sony Smartwatch bertindak sebagai skrin kedua bagi smartphone Android Anda khususnya dari jenama Sony. Melalui skrin segi empat pada jam pintar itu Anda boleh teliti senarai panggilan (call in, call out, missed calls), membaca sms, melihat update pada status Facebook, mengawal muzik dan memilih-milih lagu dalam playlist – semuanya dengan sentuhan hujung jari kerana ia dilengkapi touch screen. Sony mencipta SmartWatch khusus untuk digunakan pada smartphone Xperia S, Xperia X10, X10 Mini and Xperia X8.

Namin ia turut boleh digunakan pada smartphone Android jenama lain melalui sambungan Bluetooth misalnya Samsung Galaxy S2, HTC Wildfire, HTC Desire S, Motorola RAZR. Jika Anda berminat untuk membeli Sony SmartWatch sekarang, masuk segera ke GroupOn Malaysia sebelum tawaran ditutup. Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia selepas pembelian. Spesifikasi (hardware specs) mengenai Sony SmartWatch dan aksesori berkaitan disediakan oleh Sony Mobile.

Leave a Reply

Labels