Friday, 6 April 2012

Jaga Enjin Kereta Anda.

0 comments

Bagi kereta yang baru mungkin tidak begitu kritikal sangat  tetapi ada baik juga kalau kita tahu serba sedikit perkara yang perlu diberi perhatian dalam penjagaan enjin kereta.




Enjin adalah sistem utama dalam sesebuah kereta. Ia memainkan peranan utama dalam menukar kuasa haba kepada kuasa mekanikal untuk menggerakkan kereta.
Terdapat beberapa jenis subsistem yang menyokong sistem enjin seperti sistem penyejukan (cooling), pelinciran (lubrication), bahan api (fuel), nyalaan (ignition), mekanisma injap (valve mechanisme) dan pemula (starter).
Sebagai pemandu biasa anda pasti tidak dapat untuk melakukan kerja selenggaraan yang lengkap. Oleh sebab itu, ianya  perlu dilakukan di pusat servis. Pada siapa yang tahu serba sedikit tentang enjin memang dianggap satu bonus bagi mereka.  Walaubagaimanapun,  apa yang boleh anda lakukan adalah mengenal pasti dan membuat pemeriksaan sendiri sebelum ke pusat servis dan mematuhi jadual servis berkala yang dibekalkan oleh pengeluar kereta.
Beberapa perkara yang anda boleh beri perhatian adalah seperti berikut:
1.  Panaskan enjin selama 10 minit sebelum memulakan perjalanan.
Biasakan diri mendengar bunyi enjin. Ia melatih anda mengesan bunyi ganjil pada enjin dan ia membantu mengesan masalah pada bahagian
2.  Menukar minyak enjin kereta


Penukaran minyak enjin (orang panggil ‘minyak hitam’) dibuat setiap
5000 km atau tiga bulan atau yang mana sampai dahulu. Jarak dan bulan
penukaran ini tidak sama antara satu kenderaan dengan kenderaan dan ia
juga bergantung kepada keadaan atau tempat di mana kenderaan itu
digunakan serta mutu minyak yang dipakai.

3.  Menukar penapis minyak enjin (oilfiller)


Kebiasaannya ia ditukar sekali pada setiap dua kali penukaran minyak
enjin. Pastikan jenis penapis yang disyorkan adalah tulen dan mengikut
spesifikasi.
4.  Menukar penapis udara (air filter)
Kebiasannya ia akan diperiksa pada setiap 10,000 km atau enam bulan
atau yang mana dahulu. Keadaan penapis itu akan menentukan sama ada ia
perlu ditukar atau dibersihkan. Menggunakan penapis udara yang kotor
atau tersumbat boleh mengakibatkan penggunaan bahan api yang tinggi dan
ia juga boleh mengakibatkan kerosakan pada piston dan jara (dinding
silinder). Pastikan penapis yang ditukar adalah tulen dan mengikut
spesifikasi.

      5. Menukar tali sawat injap (timing belt)
           Penukaran ini dibuat pada setiap 100,000 km perjalanan. Kegagalan
           menukarnya boleh mengakibatkan ia putus dan akan memudaratkan mekanisme
           injap, juga piston.






Melaraskan kelegaan injap masukan dan injap ekzos (inlet dan exhaust valve)

Pelarasan ini hanya akan dibuat:

1. Selepas rombakan
2. Apabila bunyi terlalu bising. Melaras tali sawat
3. Apabila menggantikan tali sawat yang baru
4. Setelah perkakas yang dipacu berubah dari kedudukan asal

Jadi, inilah adalah beberapa perkara basic yang anda boleh lakukan untuk menjaga enjin kereta anda tidak kira perempuan atau lelaki. Selamat mencuba !!!




Leave a Reply

Labels