Monday 30 April 2012

John Carter

0 comments







Di pertengahan Perang Saudara di zaman koboi dahulu kala, Captain John Carter (lakonan Taylor Kitsch) telah menjumpai sebuah gua keramat semasa lari dari tahanan. Dalam gua tersebut, beliau telah berlawan dengan seorang dari zaman yang berlainan dan kemudian telah menemui satu barang yang telah secara tidak sengaja menghantar beliau ke planet Marikh.

Makhluk planet Marikh yang pelik-pelik telah menjadikan beliau sebagai tahanan di sana. Dan John Carter telah bertemu dengan Tars Tarkas dan juga Puteri Dejah Thoris (lakonan Lynn Collins). Bantuan beliau sangatlah diperlukan oleh tuan puteri dalam mengembalikan semula keamanan di planet Barsoom (Marikh). Adakah John Carter dapat melakukannya?

Leave a Reply

Labels