Thursday 26 April 2012

Tottenham Mesti Menang Empat Perlawanan Terakhir

0 comments
Pengurus Tottenham  Harry Redknapp menggesa pasukannya yang sedang hambar untuk memenangi empat perlawanan liga terakhir mereka ketika persaingan untuk tempat ke kelayakan Liga Juara-juara semakin panas.
Kelab utara London itu terkeluar dari kelompok empat pasukan teratas buat kali pertama sejak bulan  November pada Sabtu lepas selepas Spurs tewas 1-0 kepada  QPR, manakala Newcastle United mencatatkan enam kemenangan berturut-turut menerusi kemenangan selesa 3-0 ke atas Stoke City untuk mengenepikan pasukan kendalian Redknapp.
Namun pengurus berusia 65 tahun itu yakin bahawa 12 mata dari empat perlawanan terakhir mereka akan menjanjikan kepulangan ke kejohanan kelab elit Eropah untuk pasukannya, yang membuat kemunculan sulung kejohanan musim lepas.
"Kami ada empat perlawanan dan kami perlukan 12 mata. Itulah yang saya nampak. Kami perlu menang perlawanan minggu ini menentang Blackburn dan ia tidak akan mudah kerana mereka sedang berjuang untuk hayat mereka," kata Redknapp.
"Semuanya mungkin kembali berubah. Chelsea bermain dengan baik, Newcastle telah bermain dengan baik, Arsenal mengunjungi Stoke. Kami akan menunggu dan melihat."
"Akan ada perubahan, kami perlu menang empat perlawanan terakhir kami dan ia akan menjadi tugas sukar, tapi kami mampu melakukannya. Kami tidak berputus asa. Kami masih ada peluang cerah."
Spurs menjadi tuan rumah kepada Blackburn hujung minggu ini sebelum bertandang ke Bolton dan  Aston Villa, dengan perlawanan terakhir penentuan menentang Fulham di White Hart Lane.

Leave a Reply

Labels