1. Ambil serat ketika bersarapan – Sarapan kaya serat membuat anda lebih berwaspada dan peka sepanjang hari.
2. Minum sedikit latte perlahan-lahan – Kafein dalam kuantiti yang kecil setiap beberapa jam sekali akan membuat anda tetap berwaspada dan fokus lebih lama.
3. Minum secawan teh – Paduan kafein dan asid amino L-theanine dalam teh berfungsi mengurangi keletihan mental dan meningkatkan kewaspadaan waktu reaksi dan daya ingatan. Teh hitam membantu mengurangi stress.
4. Kerap makan – Makan lebih kerap dengan kuantiti lebih kecil setiap 3-4 jam untuk memastikan kadar gula darah tetap tinggi sehingga anda tidak mengalami penurunan tenaga atau makan berlebihan akibat terlalu lapar.
5. Minum air putih – Menjaga keperluan pengambilan air merupakan cara termudah menjaga kadar tenaga dan konsentrasi.
6. Jalan 10 minit – Sebuah kajian menunjukkan bahawa berjalan seketika boleh menjadikan anda tetap segar sepanjang hari.
7. Dengar muzik – Kurang fokus ketika bekerja? Cuba dengar muzik. Sebuah kajian mendapati pekerja 10% lebih produktif ketika mendengarkan muzik berbanding tanpa muzik.


































