Friday, 6 April 2012

Kereta Mesra Alam Yang Serba Boleh

0 comments


Di Beijing, seorang pencipta China telah menghasilkan sebuah kereta yang sangat menakjubkan.Ia bukan sahaja mesra alam malah boleh bergerak di atas jalan tar,pasir,ais dan juga air.Kenderaan ini dapat mencapai kelajuan sehingga 92 kilometer sejam.Ia juga boleh beroperasi seperti hoverkraf yang mampu bergerak di atas permukaan air tanpa gangguan.

Yuan Zhang,21 tahun memberi nama kenderaan itu sebagai Volkswagen Aqua untuk menyertai pertandingan anjuran syarikat Volkswagen.Ia dianggap mesra alam kerana kedua-dua enjinnya menggunakan kuasa hidrogen yang tidak mengeluarkan karbon.1 daripada motornya dapat mengeluarkan 'skirt' di sekeliling yang membolehkan ia terapung di air.

Yuan Zhang berharap Aqua akan menjadi kereta mesra alam yang mampu dimiliki oleh semua orang.











Kereta adalah salah satu ciptaan yang memudahkan kita tetapi tanpa kita sedar ia semakin merosakkan bumi.Oleh kerana itu,kereta yang mesra alam sangat diperlukan.





Leave a Reply

Labels