Friday, 13 April 2012

KOREK TELINGA HARAM?

0 comments




     Ya, memang itu fakta. Korek telinga itu adalah haram.Pelik dan aneh bunyinya kan. Tapi itu adalah kenyataannya.

     Tidaklah haram dari segi agama. Tapi doktor ada menasihatkan supaya janganlah rajin sangat nak korek-korek telinga. Sebab bila kita korek, taik telinga tu atau dipanggil wax ear akan makin masuk ke dalam dan ke dalam dan lama-lama dia akan menjadi mampat. Sebab tu la korang punya pendengaran agak kurang sikit. Senang kata pekak badaklah sebab taik telinga yang mampat tu dah buat kubu betul-betul kat gegendang telinga korang.

     Orang selalu kata, "tu la kau, aku cakap tak dengar. Pekak! Lain kali koreklah telinga kau tu". No! No! Salah weh! Jangan korek telinga menggunakan cotton buds. Kalau nak guna yang besi tu pun jangan nak korek sembarangan sebab takut nanti terbocor lak gegendang telinga kau.

     Lagi-lagi kalau kita korek menggunakan cotton buds. Ya, stim memang stim sebab gatal kan. Dapat korek, pergh, memang sedap tak hengat dunia punyalah. Tapi, pernah terjadi kes yang kapas cotton buds tu tercabut dan tertinggal kat dalam telinga. Kalau nak keluarkan terpaksalah jumpa doktor pakar.

     Lagi satu, bila guna, kemungkinan akan berlaku telinga bernanah. Sebab cotton buds tu pada kapasnya terdapat bakteria dan kuman-kuman yang kita tak nampak. So, memang senang nak kena jangkitan kuman kat telinga dan seterusnya berlakulah nanah dalam telinga.

     Sebelum nak kena telinga bernanah tu, korang akan rasa telinga korang tu, pergh gatal semacam. Nak je korek-korek. Lalu korang pun dengan pantas pergi ambik cotton buds / besi pengorek telinga tu untuk korek telinga. Masa tengah korek tu, mata pulak terpejam-pejam sebab stim sangat korek telinga yang sedang gatal tu.

     Selepas dah kena macam tu, tak payah nak tunggu lama-lama. Selalunya tengah-tengah malam ketika sedang lena dan enak diulit mimpi, masa tu lah penyakit telinga bernanah akan menyerang. Woho! Memang sakit tak terkira. Masa korek siang tadi memang sedap. Tapi bila ia datang menyerang, sakit yang datang memang tak hengat punya. Korang akan terguling-guling di atas katil sambil memegang telinga sehingga membuatkan korang menangis kesakitan. Ia berdenyut-d
enyut dan diulangi, sakit tak hengat punyalah.

Leave a Reply

Labels